SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

Maklumbalas
Peta Laman
Image

Assalamualaikum..

Saya dengan limpah dan kurnianya memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan dalam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia Suruhanjaya dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan portal rasmi Suruhanjaya ini. Penerbitan portal ini adalah langkah awal Suruhanjaya ke arah merealisasikan Kerajaan Elektronik e-Goverment di Negeri Terengganu.

Atas kesedaran dan komitmen yang tinggi terhadap ledakan teknologi maklumat, bermula pada tahun 2007, Suruhanjaya telah memperkenalkan sistem pengambilan atas talian (online) kepada pemohon yang ingin mengisi kekosongan dengan Kerajaan Negeri. Meskipun begitu, penggunaan borang pada masa itu masih digunakan lagi. Ia adalah bertujuan untuk melihat tindakbalas pengguna terhadap penggunaan sistem yang Suruhanjaya perkenalkan.

Setelah lebih setahun menggunakan kaedah dwi-permohonan, Suruhanjaya telah membuat keputusan di mana pada awal tahun 2009, sistem permohonan atas talian (online) digunakan sepenuhnya. Pemohon yang ingin memohon pekerjaan dengan Kerajaan Negeri Terengganu mesti memohon melalui atas talian (online). Ini secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menggunakan teknologi maklumat dan akan mengurangkan peratus buta teknologi maklumat di kalangan rakyat Terengganu khususnya.

Selain mendidik pemohon mahir dalam dunia pengkomputeran, sistem ini sebenarnya banyak membantu Urusetia Suruhanjaya menjalankan tugas pengambilan dan tapisan dengan cekap dan berkesan. Malahan masa dan tenaga Urusetia dapat dijimatkan ke arah komitmen kerja yang lain.

Saya percaya semangat ingin terus maju diikuti dengan pengembelengan usaha dan pergorbanan dari semua yang terlibat untuk memberi perhatian khusus dalam mengemaskini dan menguruskan sistem komunikasi dan penyelengaraan maklumat dari semasa ke semasa akan terus membuahkan kejayaan bagi Suruhanjaya. Ini termasuklah para pengunjung yang budiman yang pastinya juga merupakan publik dan nadi yang membantu Suruhanjaya ini mewujudkan portal yang dapat memenuhi aspirasi dan era global masa kini dan akan datang menerusi cadangan - cadangan membina ke arah penambaikan portal rasmi ini.

 

ENCIK WAN AHMAD FIRDAUS BIN WAN ABDULLAH

(Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu)

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

  • General Line : 09-6274163
  • No. Fax        : 09-6223906
  • Email  SPNT:  spn@terengganu.gov.my


Penafian: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 115

Week 637

Month 4253

All 11452

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu