SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

Maklumbalas
Peta Laman

PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA

 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959. 

Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:

1.    Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu

2.    Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu

3.    Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.

4.    Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

 

AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009

 Mengikut Syarat (3) Fasal 56 Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Pertama) (Pindaan) Tahun 2006, keanggotaan Suruhanjaya terdiri daripada:-

1.    Seorang Pengerusi

2.    Seorang Timbalan Pengerusi

3.    Enam (6) orang Ahli

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

  • General Line : 09-6274163
  • No. Fax        : 09-6223906
  • Email  SPNT:  spn@terengganu.gov.my


Penafian: Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 114

Week 636

Month 4252

All 11451

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu