FUNGSI Undang-undang Negeri Tr.P.U.21 bertarikh 10 November 1994 : Suruhanjaya adalah Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu. Undang-undang Negeri Tr.P.U.6 bertarikh 15 Februari 1996 : Suruhanjaya adalah Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.
LEMBAGA RAYUAN KENAIKAN PANGKAT Menerima menimbang dan memutuskan sebarang rayuan yang dibuat berkenaan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat berkaitan dengan Kenaikan Pangkat seorang pegawai dalam Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Menerima menimbang dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat berkenaan keputusan Lembaga Tatatertib berkaitan dengan tatatertib seorang pegawai dalam Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
LEMBAGA RAYUAN KENAIKAN PANGKAT
|
KUALITI
PROGRAM KUALITI
Melaksanakan program kualiti ke arah mewujudkan budaya kerja cemerlang.
DASAR KUALITI
Untuk memastikan fungsi-fungsi melantik dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu dilaksanakan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan dan memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI
-
Memastikan permintaan pengisian kakitangan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu dapat dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan kekosongan jawatan ditutup.
-
Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas persidangan bulanan Suruhanjaya.
-
Memastikan urusan perlanjutan tempoh percubaan, rayuan gaji dan pertukaran perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas persidangan bulanan Suruhanjaya.
-
Memastikan rayuan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas Mesyuarat Lembaga Rayuan.
-
Memastikan rayuan hukuman tatatertib diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas Mesyuarat Lembaga Rayuan.
-
Memastikan keputusan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam tempoh lima (5) hari berkerja.