|
|
Malay (Bahasa Malaysia)  English (United Kingdom)  简体中文  
Cara Memohon PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 16 November 2010 07:04

A. PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET- ONLINE

  1. Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.
  2. Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.

  3. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
  4. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
  5. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my

Keterangan Am

  1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.

  2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan jawatan.

MAKLUMAN :-

  1. Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
  2. Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
LAST_UPDATED2
 

Share

Add this page to Blinklist Add this page to Del.icoi.us Add this page to Digg Add this page to Facebook Add this page to Furl Add this page to Google Add this page to Ma.Gnolia Add this page to Newsvine Add this page to Reddit Add this page to StumbleUpon Add this page to Technorati Add this page to Yahoo

Pautan Berkaitan







Alamat Surat Menyurat

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Peti Surat No. 134
Pejabat Pos Besar
20710 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman