Alhamdulillah dan ucapan selamat dan salam kepada para pengunjung sekalian yang membaca perutusan dari saya. Diharap semoga kedatangan portal in mampu memberikan maklumat dan manfaat kepada para pengunjung sekalian.

 

Tahniah kepada Urusetia Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu yang berjaya merealisasikan permohonan atas talian (online) sebagai satu medium yang digunapakai oleh pemohon untuk proses memohon pekerjaan. Walaupun pada awalnya Suruhanjaya menghadapi pelbagai masalah dan menimbulkan kesukaran kepada pengunjung, pihak Urusetia telah dapat mengatasi masalah-masalah itu dengan jayanya berkat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

 

Saya akui, dengan pembangunan sistem atas talian (online) yang ada sekarang ini, proses pengambilan menjadi cukup pantas dan cekap berbanding penggunaan borang manual suatu ketika dahulu. Saya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga amat teruja dengan kebolehan sistem pengambilan atas talian (online) ini pada mulanya dan berasa amat berpuas hati dengan kemampuan sistem ini.

 

Di dalam era globalisasi ini, saya menyeru kepada semua pengguna agar dapat merealisasikan kehendak Kerajaan Terengganu yang mahukan semua rakyatnya celik IT. Suruhanjaya percaya, inilah cara terbaik untuk menyahut seruan Kerajaan dengan menjadikan Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terenganu sebagai mediumnya. Suruhanjaya tidak pernah mendisriminasikan golongan yang tidak celik komputer, sebaliknya Suruhanjaya akan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang datang ke Pejabat Suruhanjaya untuk proses pemohonan jawatan.

 

Akhir kata, selamat memohon jawatan secara atas talian (online).

 

Wassalam.

 

PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU
Y.Bhg DATO' HAJI MOHD @ DAIK BIN NGAH
D.P.M.T., A.S.M., P.J.C., P.J.K., BLB

 

" INFORMASI TERKINI BERADA DI HUJUNG JARI ANDA "