TIPS TEMUDUGA

Kekemasan untuk LELAKI

  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.
  • Baju berlengan panjang yang berwarna lembut. (Contoh :warna putih atau biru muda).
  • Berseluar gelap dan memakai stoking berwarna gelap.
  • Memakai tanda nama.

Kekemasan untuk WANITA

  • Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
  • Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
  • Berkasut bertutup penuh (court shoes).
  • Memakai tanda nama.

 

Keterampilan

  • Berambut pendek dan kemas (untuk lelaki).
  • Jika bermisai, berjambang atau berjanggut, hendaklah didandan kemas (untuk Lelaki)
  • Pastikan kebersihan dan kekemasan diri.

Persediaan Minda

  • Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Mengemaskini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa.
  • Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan atau mereka yang berpengalaman atau berpengetahuan.
  • Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
  • Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
  • Mendapat maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
  • Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
  • Berdoa untuk kejayaan.

 

Persediaan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder lut sinar (transparent).

  • Surat panggilan temuduga.
  • Kad pengenalan.
  • Sijil-sijil kelayakan akademik.
  • Sijil-sijil kemahiran.
  • Sijil-sijil kursus.
  • Sijil atau surat penghargaan.
  • Dokumen sokongan lain, jika ada.