Anggota perkhidmatan negeri Terengganu yang tidak berpuas hati di atas keputusan yang di buat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan Lembaga Tatatertib boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan melalui lembaga yang berkenaan. Lembaga Rayuan telah menetapkan dokumen-dokumen berikut dikembarkan bersama apabila mengangkat rayuan.

a) Rayuan Kenaikan Pangkat

  • Butir-butir pihak merayu
  • Surat Rayuan
  • Ulasan Ketua Jabatan atas rayuan
  • Ringkasan  perjalanan dan alasan-alasan pihak lembaga membuat keputusan yang bersangkutan dengan rayuan.
  • Kenyataan Perkhidmatan pihak perayu yang dikemaskini dan terkini.
  • Laporan prestasi bagi dua tahun yang lepas dan laporan prestasi khas mengenai pihak perayu.

* Disediakan dalam tujuh (7) salinan

b) Rayuan Tatatertib

  • Butir-butir mengenai pihak perayu
  • Surat Rayuan
  • Ulasan Ketua Jabatan atas rayuan
  • Ringkasan perjalanan dan alasan-alasan lembaga membuat keputusan yang bersangkutan dengan rayuan
  • Ulasan lembaga atas rayuan