JAWATAN KOSONG

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut:

  1. JAWATAN KOSONG

 

  1. JAWATAN 1                           : PENOLONG PEGAWAI TANAH

                         Kod Skim                                            :      3LN06

                         Jabatan                                               :      Pejabat Tanah Negeri Terengganu

                         Klasifikasi Perkhidmatan              :      Pentadbiran Dan Sokongan

                         Kumpulan Perkhidmatan             :      Pelaksana

 

  1. JADUAL GAJI                         :   Gred NT29
Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,493.00

RM5,672.00

RM145.00

 

  1. SYARAT LANTIKAN :

                    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:     

  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 

(b)            (i)    sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

                     (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29 : RM1,493.00); atau

 

            (ii)     diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

                     (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29 : RM1,846.15).

 

 

  1. 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

                     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.