Kumpulan:Pelaksana
Kem/Jab:Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu

Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,494.00          RM5,674.00           RM145.00

    Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
        a. warganegara Malaysia;
        b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
            c. i. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
            (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau

            ii. Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

    Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

            a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
              ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
            b. had umur pelantikan:
            i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
            ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
            iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

    Deskripsi Tugas :
    Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.