Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 

Jadual Gaji:

GRED     GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
G11       RM1,200.00        RM2,977.00           RM80.00
G19       RM1,357.00        RM4,008.00           RM100.00
 

Syarat Lantikan:
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15); atau
 

b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30).
 

c. Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

   KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
a. Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
 

b. Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
 

c. Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

    Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.