Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00        RM4,007.00          RM100.00
 

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
-Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
-Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
 

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
 

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).
 

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

    Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.