Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 

Bertanggungjawab kepada:
1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha
2. Penolong Pegawai
 

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00        RM4,007.00          RM100.00
 

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
-Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
-Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
 

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
 

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
 

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

  Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah dan penguatkuasaan.
 

Senarai Tugas:
Pegawai Kader:
1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Jabatan.