Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 
Jadual Gaji:
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,080.00       RM9,546.00       RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)  (i)     ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

 

(ii)     ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional  Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

 

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.