Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu

Jadual Gaji:
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2188.00        RM9552.00         RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia
(b)
 
(c)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 

i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,188.52); atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau

iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau

iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,902.98); atau

v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,209.60)

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TARAF JAWATAN

TETAP
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.