Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu

Jadual Gaji:

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00        RM9,544.00         RM225.00
 
 
SYARAT LANTIKAN :
1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:     
(a)     warganegara Malaysia;     
(b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    
(c)     (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan  daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang  diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
    
       (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan  daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
    
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU            
2.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan     
            
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN     
3.     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    
(a)            (i)     mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau     
                (ii)     lulus Peperiksaan Khas; dan
    
(b)     had umur pelantikan:     
      

    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

    
 
DESKRIPSI TUGAS :
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Jabatan.