Kumpulan  : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab    : Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu

 

Bertanggungjawab kepada:
1. Pengarah/Setiausaha Bahagian
2. Ketua Penolong Pengarah/Ketua Penolong Setiausaha

 

Jadual Gaji:
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00        RM9,544.00         RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)     warganegara Malaysia;
(b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)     (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

 

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi  tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)     mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)     had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa  55 atau 56 tahun;

atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa  58 tahun;

atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa  60 tahun.

 

DESKRIPSI TUGAS :
Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan halal.

 

SENARAI TUGAS :

Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Jabatan/Agensi.
Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Jabatan/Agensi.
Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Jabatan/Agensi.
Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Jabatan/Agensi.
Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Jabatan   /Agensi.
Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Jabatan/Agensi.
Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.