Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan
 

Jadual Gaji:

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00        RM9,544.00         RM225.00
 

SYARAT LANTIKAN :
1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)     Warganegara Malaysia;
(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)    (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
 

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam

subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah

layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara

Lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,

apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
 
(a)       (i)     mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii)     lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)     had umur pelantikan:
 

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa

55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa

58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa

60 tahun.
 

DESKRIPSI TUGAS :
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di

peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan,

memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program

belia dan sukan.