Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 
Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00        RM4,003.00          RM100.00
 

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
 

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
 

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
 

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengendalian rangkaian komunikasi melalui alat perhubungan High Frequency Radio (HF), Very High Frequency Radio (VHF), Radio Global Distress and Maritime Safety System (GDMSS) berdasarkan piawai ‘International Maritime Organisation’ (IMO) serta alatan peralatan komunikasi elektronik yang berkaitan. Turut berperanan sebagai pusat pengumpulan serta penyebaran maklumat kepada Bahagian Keselamatan Negara (BKN) di JPM, Jabatan Laut, Unit Udara Polis di PDRM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan, orang awam dan pihak media.

Senarai Tugas:
Operator Wayarles Gred N19 di Jabatan Perikanan Malaysia
Membuat panggilan radio di semua pengkalan bagi mengemaskini maklumat kedudukan nelayan dan vesel;
Melapor sebarang aduan melalui radio kepada penyelia;
Memberi khidmat nasihat kepada nelayan berkenaan laluan;
Memantau dan membuat panggilan melalui radio sekiranya vesel nelayan keluar daripada sempadan Negara;
Mengemaskini rekod nelayan/vesel untuk tujuan pembaharuan lesen; dan
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di darat dan laut