PENUBUHAN DAN BIDANGKUASA

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.

 

Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:

  1. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  2. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  3. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
  4. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009

 

Mengikut Syarat (3) Fasal LVI Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Pertama) (Pindaan) Tahun 2006, keanggotaan Suruhanjaya terdiri daripada:-

  1. Seorang Pengerusi
  2. Seorang Timbalan Pengerusi
  3. Enam (6) orang Ahli