PROGRAM KUALITI
Melaksanakan program kualiti ke arah mewujudkan budaya kerja cemerlang.
DASAR KUALITI
Untuk memastikan fungsi-fungsi melantik dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu dilaksanakan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan dan memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI
- Memastikan permintaan pengisian kakitangan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu dapat dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan kekosongan jawatan ditutup.
- Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas persidangan bulanan Suruhanjaya.
- Memastikan urusan perlanjutan tempoh percubaan, rayuan gaji dan pertukaran perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas persidangan bulanan Suruhanjaya.
- Memastikan rayuan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas Mesyuarat Lembaga Rayuan.
- Memastikan rayuan hukuman tatatertib diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari berkerja selepas Mesyuarat Lembaga Rayuan.
- Memastikan keputusan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam tempoh lima (5) hari berkerja.
Maklumat Korporat
Pentadbiran
Perkhidmatan