Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
 
  Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,377.00        RM4,052.00           RM100.00
 

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
 

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam   bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
 

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam     bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
 

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem     komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta     tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah     organisasi.