Fasal 56 (9) Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu : Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidang kuasanya.

 

Undang-undang Negeri Tr.P.U.21 bertarikh 10 November 1994 : Suruhanjaya adalah Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.

 

Undang-undang Negeri Tr.P.U.6 bertarikh 15 Februari 1996 : Suruhanjaya adalah Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.

 

LEMBAGA RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

 

Menerima menimbang dan memutuskan sebarang rayuan yang dibuat berkenaan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat berkaitan dengan Kenaikan Pangkat seorang pegawai dalam Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.

 

LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB

 

Menerima menimbang dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat berkenaan keputusan Lembaga Tatatertib berkaitan dengan tatatertib seorang pegawai dalam Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.

 

LEMBAGA RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

 

  • Mengesahkan Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat .
  • Mengubah Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Meremitkan kes itu ke Lembaga Kenaikan Pangkat untuk perbicaraan semula.

LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB

 

  • Menghantar balik kes kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbangkan semula.
  • Mengesahkan keputusan Lembaga.
  • Mengesahkan keputusan Lembaga tentang salahlaku perayu tetapi mengubah hukuman kepada hukuman yang lebih ringan.
  • Mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu.