EKSA ialah Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ianya Adalah penjenamaan semula kepada 5S.

 

Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama dengan 5S iaitu mewujudkan persekitaran

kerja yang berkualiti dengan cara sistematik dan praktikal.

 

EKSA juga akan menjimatkan kos dan memudahkan prosedur kerja.

 

EKSA berupaya memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti MS 9001 : 2008 dalam memenuhi

keperluan klausa pengurusan sumber berkaitan persekitaran kerja.

 

EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat

jabatan secara keseluruhan

 

VISI

MUDAH, CEPAT DAN ADIL

 

MISI

Menerapkan kecemerlangan dan ketelusan ke arah mencapai hasrat kerajaan

negeri dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti.

 

MOTTO

Transformasi EKSA Pemangkin Kecemerlangan

 

OBJEKTIF

Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan tersusun

untuk keselesaan kakitangan.

 

Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan

tugasan harian.

 

Mewujudkan suasana kerja berdisiplin dan berhemah di kalangan

kakitangan.

 

Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap kakitangan.

 

Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan

budaya kerja berpasukan.

 

Menjadi sebuah jabatan contoh.

 

Membina pembaikan berterusan untuk peningkatan kualiti

jabatan.