Soalan Lazim

SOALAN – SOALAN LAZIM

1. Bagaimana memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri?

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam negeri hendaklah dibuat dengan mendaftar ke sistem eSUPERNET secara online di laman web http://spn.terengganu.gov.my.

 

2. Adakah saya perlu memohon semula sekiranya terdapat jawatan kosong yang diiklankan, walaupun pernah mengisi secara online satu ketika dahulu?

Ya, ini kerana Suruhanjaya hanya membuka permohonan jawatan semasa berlaku kekosongan  sahaja. Jika tidak berlaku kekosongan calon hanya boleh mengemaskini maklumat peribadi dan akdemik sahaja. Calon dinasihatkan sentiasa peka apabila berlaku kekosongan jawatan kerana semasa kekosongan berlaku, calon juga perlu mengemaskini permohonan jawatan mengikut iklan yang disiarkan.

 

3. Bagimanakah caranya bagi calon yang tidak tahu menggunakan komputer untuk mengisi permohonan online ini. Adakah tempat untuk calon-calon ini tuju bagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan negeri?

Ya, bagi calon yang tidak mempunyai komputer atau tidak mempunyai keyakinan untuk mengisi permohonan secara online, calon tersebut boleh datang ke Bestari.com untuk mengisi permohonan atau datang terus ke pejabat Suruhanjaya bagi tujuan tersebut

 

4. Adakah saya perlu menghantar salinan dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara online?

Tidak, kecuali anda sudah berjaya dipanggil temuduga.Sekiranya anda berjaya hingga ke tahap temuduga, salinan dokumen asal dan dokumen yang disahkan adalah perlu dibawa bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *