Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  RENJER HUTAN
 Kod Gaji :  G17
 Kod Skim :  3514
 Jabatan :  Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Pertanian
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas : * Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.

* Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.

* Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.

* Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.

* Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.

* Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.

* Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.

* Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.

* Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.

* Mengawalselia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.

* Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM932.15 RM2531.14 95.00
RM990.26 RM2668.04
RM1050.09 RM2809.80

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan;

(Gaji permulaan : P1 RM1,101.34); atau
 
(ii) Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan : P1 RM1,326.94)
 
DAN (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 

 4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Renjer Hutan Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
 
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
 
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.