Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
 Kod Gaji :  S19
 Kod Skim :  3LS21
 Jabatan :  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Sosial
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM928.00 RM3375.00 95.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diikritaf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab;

(Gaji permulaan ialah pada Gred S17 : RM928.00); atau
 
(b) (ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred S17 : RM928.00)
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.