Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEMANDU KENDERAAN
 Kod Gaji :  H11
 Kod Skim :  3LH02
 Jabatan :  Pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Kemahiran
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1218.00 RM2939.00 80.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
 
(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
 
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D RM896.15
Lesen E/E1/E2 RM942.30
Lesen F/H RM988.45
Lesen G/I RM1,034.60
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.