Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEMBANTU AWAM
 Kod Gaji :  H11
 Kod Skim :  3LH04
 Jabatan :  
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Kemahiran
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas : - Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
 Taraf Jawatan :

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1218.00 RM2939.00 80.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

DAN (a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00).

(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15).
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.