Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
 Kod Gaji :  S41
 Kod Skim :  3PS13
 Jabatan :  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Sosial
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan & Profesional

 Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Syariah.
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2078.00 RM9544.00 225.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM1,909.00)
 
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,112.86)
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 

 5. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
 
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
 
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) had umur pelantikan:
 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
 
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
 
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.