Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEGAWAI SYARIAH
 Kod Gaji :  LS41
 Kod Skim :  3PL01
 Jabatan :  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan & Profesional

 Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.l
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2249.00 RM8707.00 225.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; serta
 
(ii) Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred LS41 : RM2,249.00);
 
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred LS41 : RM2,249.00)
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 

 5. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
 
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; dan
 
(b) had umur pelantikan;
 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
 
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
 
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.