Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEMANDU KENDERAAN
 Kod Gaji :  R3
 Kod Skim :  6700
 Jabatan :  Pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Mahir/separuh Mahir/tidak Mahir
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas :
 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM792.60 RM1610.99 80.00
RM840.60 RM1688.45
RM890.43 RM1767.76

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
 
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ( kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) );
 
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan P1 : Gred R3:
- Lesen D : RM 884.90
- Lesen E/E1/E2 : RM 931.05
- Lesen F/H : RM 977.20
- Lesen G/I : RM1,023.35
 
DAN (c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
 

 4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
 
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) (ii) dan (iii) di atas; dan
 
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.