Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
 Kod Gaji :  S27
 Kod Skim :  3LS07
 Jabatan :  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Sosial
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pelaksana

 Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urusetia kepada jawatankuasa kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

 Taraf Jawatan : Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1362.00 RM5092.00 145.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(b) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : RM1,362.00)
 
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : RM1,362.00)
 
(iii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : RM1,661.95)
 
(iv) diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : RM1,661.95)
 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 
Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 

 5. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
 
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
 
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) had umur pelantikan:
 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
 
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
 
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.